Tips Pikat Lelaki

Blog Tips Serta Cara Memikat Lelaki

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman

Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman. Ada sebab sebenarnya kenapa wanita disuruh mencari lelaki beriman. Oh ya, jangan lupa baca wanita tak digalakkan malu yang melampau.

Cara-Cara Pikat Lelaki, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman


cara halus pikat lelaki idaman


Cari calon suami biarlah beramal soleh dan bukannya semberono je..!!

Ya, jika lambat menangguh pembinaan ‘masjid’ dan tidak berhemah dalam mencari jodoh kelak akan memakan diri wanita itu sendiri. Wanita perlu bijak dalam cara-cara memikat lelaki.

Dalam mengejar jodoh, tidak boleh semberono. Mesti dengan ilmu dan amal. Kelak, proses mencari jodoh akan kelihatan banyak bermasalah, banyak lompang bermasalah di kemudian hari dan ianya hanya akan menjauhkan diri anda sendiri dari lelaki selayaknya.

Memang benar akan dakwaan bahawa TUHAN tidak akan menzalimi hamba-NYA yang bertaqwa dalam mencari jodoh sekufu imannya.

Namun janganlah pula kita para wanita Muslimah pula yang menzalimi diri dengan menyorok di belakang tiang dan bersembunyi di balik dinding rumah tanpa usaha, sehingga sukarnya lelaki mengenali si gadis.

… dan janganlah pula seorang wanita itu terlalu mencari dengan bertanya kepada setiap lelaki yang dikenali ~ sehingga mereka berasa rimas dan tidak berminat dengan anda. Menolak bulat-bulat.

Tips Memikat Carilah Lelaki Beradab

Mencari jodoh perlu patuhi terma dan syaratnya. Antara yang terpentingnya adalah adab. Adab.Akhlak. Sikap. Ketiga-tiga ini dalam ruang lingkup yang sama.

Elemen ini penting bagi mengelak murka Ilahi, terutamanya dalam bab memikat si lelaki.

Muat Turun Cara Pikat Lelaki Beradap

Jika nak memohon kepada TUHAN untuk mencari lelaki beriman, doa dipohon itu perlu beradab. Beradab terhadap TUHAN, dan beradab kepada manusia lain.

Biarlah ia dalam ruang lingkup syariat yang TUHAN masih merahmati. Bercinta dan mencari cinta biarlah dalam redha TUHAN, supaya akhirnya pernikahan itu membawa nyaman dan tenteram. Bukannya ribut dan taufan.


 
0 Komentar untuk "Wanita, Berlumbalah Mencari Lelaki Beriman"


 
Copyright © 2014 Tips Pikat Lelaki - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info