Tips Pikat Lelaki

Blog Tips Serta Cara Memikat Lelaki

Rahsia Memikat Wanita Jangan Malu Melampau

Ya ini adalah cara-cara dan tips memikat lelaki. Wanita memang sinonim dengan sifat lemah-lembut dan pemalu. TUHAN sudah memberikan sifat itu sebagai fitrah kepada seorang perempuan. Namun, adalah SALAH jika membiarkan sifat pemalu itu menghalang kita membuat kebaikan. Lagilah SALAH jika sifat pemalu itu menjadi penghalang wanita membina ‘masjid’ bersama lelaki yang beriman dan diseganinya.

Cara-Cara Memikat Lelaki, Wanita Jangan Malu Melampau


tips memikat lelaki untuk wanita pemalu

Terlampau malu adalah tidak elok. Malah, bertambah-tambah salah jika malu itu menyekat usaha kita menambah iman dan menyempurnakan taqwa dengan perkahwinan. Justeru, malu itu biarlah bertempat. Ilmu dan cara urus diri fizikal dan rohani itu perlu, supaya lebih cepat membina cinta bersama si hensem yang di idami. Pendek kata wanita perlu pelajari cara-cara memikat lelaki.


Islam Tidak Pernah Menghalang Wanita Mengejar Cinta

Islam itu rahmat. Islam itu fitrah. Tidak sesekali Islam itu menghalangi seorang wanita untuk memiliki lelaki idaman. Sedangkan Khadijah sendiri pun melamar Nabi Muhammad SAW walaupun usia mereka besar bezanya. Malah mereka hidup dengan gembira dan bahagia. Apa yang anda perlukan kini, hanyalah ilmu yang tepat, praktikal dan tips yang berguna dalam ‘memburu’ si dia jejaka teruna yang beriman. Persoalannya bagaimanakah cara-cara memikat lelaki yang betul.

Klik Disini : Cara Pikat Lelaki Hensem

Hati-Hati Dalam Memburu Cinta Lelaki

Awas dengan usaha memburu cinta si jejaka. Kerana yang menjadi dosa dan salahnya, adalah si wanita menjual maruah sebelum ke gerbang perkahwinan. Dara seorang wanita itu tinggi di sisi agama, tidak patut diberi ‘rasa’ kepada sebarang lelaki sedangkan status belum bernikah. Oleh itu, wanita harus berhati-hati. Bukannya terlalu mempercayakan lelaki atas alasan cinta sejati. Wanita perlu tahu menjaga diri, jika tidak mahu membinasa diri sendiri.




Kesimpulannya, ke hadapan seorang insan yang bernama wanita, ciptaan ALLAH SWT yang maha hebat dan cantik, yang penuh dengan sifat pemalu. Jika hari ini anda masih lagi belum bertemu jodoh, ketahuilah, ianya bukanlah silap takdir, cuma, usaha yang dilakukan, masih belum mengena dengan kehendak takdir.

Ini kerana, usaha itu perlulah ikhlas, mencari jodoh biarlah dengan ilmu, memburu cinta biarlah dalam syariat dan mengimpikan lelaki idaman itu sebenarnya tidak salah. Hari ini, saya akan bantu anda, bagaimana untuk berusaha dengan ilmu yang betul di dalam misi mencari jodoh. Mari kita gali cara-cara memikat lelaki dan ilmu pikat lelaki disini -> Cara Pikat Lelaki

0 Komentar untuk "Rahsia Memikat Wanita Jangan Malu Melampau"


 
Copyright © 2014 Tips Pikat Lelaki - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info